Thursday 15 October 2015

EXAM AND OSPE

HAII ! so nanamiraaaa sekarang tengah exam . ok aku nak cepat ni sbb tengah tgk drama "Sassy Go Go" alaah yang ada N dgn Eunji tu . so sementara tunggu cerita tu buffer aku membebel lah dulu ya anak anak. okaaay jom straight to the point. so last entry aku cakap nak cerita pasal OSPE so here it is.

This sem aku ada 2 subjek yang memerlukan ujian OSPE . nama panjang dia aku tak tau . so meh nak cerita pasal OSPE Anatomy and Physiology . okay OSPE AnP ni dijalankan dalam makmal. Sebab Sir nak buat semua serentak so sir guna 3 lab utk muatkan satu kelas dan semua ada 15 station utk jawab soalan dan 5 rest station . Setiap orang ambil satu station .  since kelas aku pon ada 20 orang je so memang cukup lah station tu utk sorang satu. aku dapat station ke 10. then setiap station diberi 3 minit utk jawab soalan . soalan di daalam kertas tapi korang kena jawab berdasarkan replica organ yang ada depan korang tu . biasanya 1 station dua soalan dan 2 organ ada. soalan A dia akan tanya tentang anatomi mcm "what is the organ labeled X?" . then soalan B tentang Physiology mcm "what is the function organ labeled Z?" then pandai pandai lah korang tatap benda tu dalam masa 3 minit tu . Bila loceng bunyi , korang kena gerak serentak ke station seterusnya. so another 3 minit . haaa cemtulaah sampai habis . senang je sebenarnya tapi kalau tak tau tu apa benda , korang bismillah je laaah .


Next OSPE Biochemistry.Sama je mcm AnP. Tapi biochem ada 8 station soalan dan 2 rest station, setiap station 5 minit. OSPE biochem ni kitorang dibahagi ke 2 group . 2 lab jawb serentak. OSPE biochem ni pon senang je tapi sebabkan dah banyak exp korang handle time practical jadi korang akan confuse . percayalaaah . sebab aku tadi macam tu . aku confuse exp ni utk kaji menda semua tu . sedih weh hilang markah .okay OSPEbiochem ni dia akan letak result exp contoh mcm dalam test tube tu  satu wrna biru satu lagi wrna kuning , so dia akan tnya tu utk kaji apa , then kena observe . memang terabur weh sbb confused . OSPE ni tkde hands on . korang kena tengok dan tulis je dan dia ada pengiraan . aku tak suka maths jadi aku tak boleh buat dan aku tinggal je soalan tu . hewhew ~ rugi markah . jangan jadi macam aku k gais .

okay so exam AnP soalan senang tapi sbb aku dah study bagai nak rak jadi aku lupa apa aku study so end up aku jawab merepek je dalam exam tapi bila cek balik ada juga betulnya . so tkde lah salah semua .Exam biochem , Madam aku yang cantik lagi comel tu dengan baiknya bagitahu tajuk apa yg masuk utk essay so senang lah ktorg nak hafal . tapi bila dah terlalu focus dkt essay , aku kureeeeng sikit dekat bahagian mcq dgn section b .

fuuuhhh so tinggal lagi dua paper , Immunologi dgn Instrumentasi dan matematik makmal . haaaah harap lah boleh jawab dua ni since carry mark aku utk 2 subjek ni tkde lah banyak sangat. AAMIIN. okay sampai sini je , aku nak tengok drama aku baaaai ! till then .

Wednesday 30 September 2015

HELLO ! ASSALAMUALAIKUM GUYS ~ okaay nampak tak aku gigih update blog hari-hari  *even takde yang baca blog ni* its okay its okaaaaay .So, semalam aku dah janji kan nak cerita life student Health Science ni cemana , so here it is . oh before that , Health Science ni ada 4 program (kalau tak silap laaah dkt sini). 
  1. DIPLOMA IN RADIOGRAPHY
  2. DIPLOMA IN MEDICAL LABORATORY TECHNOLOGY
  3. DIPLOMA IN PHYSIOTHERAPY 
  4. DIPLOMA IN NURSING (yang  ni aku tak sure under Health Science atau tak) i'll check later..
okay , since aku student MLT , so aku akan cerita about MLT je hokaaay ! jangan tanya pasal lain . aku cepuk kang . okay, well aku sekarang baru student Year 1 sem 1 , so aku tak boleh nak cerita banyak2 lah pasal course ni pon . its okay , i'll tell you pasal this course sampai aku final year HAHAHHAHA muntah darah lah korang baca blog aku nanti . lewls.. 

so , SEMESTER 1 ada 6 subjek keseluruhan . they are :
  • AQIDAH DAN AKHLAK   (memang wajib ambil lah)
  • ENGLISH 1 (wajib juga, maybe ada sambungannya next sem)

INSTRUMENTASI DAN MATEMATIK MAKMAL

subjek ni more kepada makmal . like instrument (alatan makmal) , setiap benda dalam makmal korang wajib tahu nama dan fungsi serta cara guna. instrument dia bukan macam dekat sekolah tu , kat sini memang lagi double upgrade dari kat sekolah punya . contoh, freezer , kena ingat jenis dia (moderate cold , super cold , ultra cold) then korang kena ingat temperature each freezer and so on laah . sama macam each instrument , kalau dia ada banyak jenis , korang kena ingat setiap jenis tu. alaaa tak susah mana pon , sebab nanti korang akan guna juga then lama-lama terbiasa.. seronok tau kerja main dengan barang barang ni . 


ANATOMI AND PHYSIOLOGY

subjek ni sama macam biologi dulu , TAPI detailnya SUBHANALLAH , SEDETAIL-DETAILNYAAA ! memang detail gila . cuba korang tengok kepala orang , dekat skull tu saja dah ada 22 tulang and korang kena hafal setiap satu . baru kepala , belum masuk badan , kaki , tangan pergggh ! dah lah nama tulang pelik pelik. silap hari bulan aku bagi nama anak aku sempena dengan nama tulang kot . belum masuk nama nama muscle , perggh syahdu beb dengar nama nama dia. well aku rasa , subjek ni lah subjek yang paling aku geruni sebab subjek ni adalah subjek MENGHAFAL ! memang kena makan kismis , kurma , habatus sauda bagai laaah nak  bagi kuatkan ingatan *tapi aku tak makan pon * but , dont worry , belajar subjek ni sebenarnya buat korang lebih menghargai dan mensyukuri setiap anggota badan korang . betul gaiss aku tak tipu. satu lagi interesting fact pasal subjek ni adalaaaaaaaaah ...... korang punya practical dalam BILIK MAYAT atau kitorang panggil MAKMAL DISEKSI . seronok gaisss hewhew. and subject ni ada exam yg we called OSPE , which is nnti korang kena jawab soalan secara lisan dekat dalam makmal. soalan mcm mana aku tak tahu lah . nnti lepas final aku bgtahu how does OSPE examination.


BIOKIMIA ASAS  (BASIC BIOCHEM )

ni subjek favourite aku sebab subjek ni banyak experiment . okay based on nama subjek dia pon aku tahu korang dah boleh agak kan subjek ni pasal apa ? ke tak boleh ? okay baca ni . subjek ni act subjek yg ada experiment macam kimia tapi experiment tu nak uji something yg berkaitan dengan biologi . TAK FAHAM KAN ? HAHAHA . halaaah , sorry aku tak tahu nak terang lebih , erm korang google lah eh ., thank you muah cikedd .  oh subjek ni pon ada OSPE juga tau . 


IMMUNOLOGY

subjek ni subjek paling simple kot aku rasa sebab the whole topic ni hanyalah discuss about our immune system . dah belajar kan dulu dalam biologi pasalimmune system ? ke korang tidur dalam kelas ni ? soo memang the whole subjek korang akan belajar pasal immune system . then ada lah ANTIGEN , ANTIBODY bla bla bla dalam tu . nota subjek ni adalah nota paling sikit hewhew. 




so ni adalah jadual for semester 1 , as korang nampak , memang banyak masa terluang dekat situ . memang orang kata sem 1 ni lepak sikit lah , TAPI , hari rabu and khamis tu hari yang letih lah bagi kitorang sebab dua hari tu kitorang kena pergi kampus kota which is about 30-40 mins jauh dari sini. dont worry , ada bas pickup pukul 7 pagi and pick up utk balik kampus gong badak pukul 5. mereput lah kami disana sehariaaaan, oh lek ah sebab dekat sana ada bilik rehat . so tidurlaah puas puas hewhew.




haaaa see my notes ! this is how i manage my notes sebab aku tak sempat nak beli fail and aku malas nak gi binding. i told yabefore , namira is pemalas . hahahaah so aku buat lah gini. as korang nampak , hujung sekali belah sana tu nota anatomi yang super tebal . and the second one is nota immune yang super sikit.  




haaaaa final exam lagi dua minggu je , so im preparing dari sekarang , eiceeh konon . study 5 min , online 2407 min , well namira kan , oh , bila masuk uni , benda penting yang korang kena ingat is NAMA LECTURER sebab korang kena tulis dekat kertas exam tu nama lecturer. thats why aku buat gitu.. parah weh tak tahu nama lecturer . so , act exam 6 hari je , and semua pagi je except hari first tu lah sebab ada exam agama petang tu . and ada banyak juga gap antara satu subjek ke subjek lain. 
lepas tu MERDEKA GAAIISS ! eleeeh padahal cuti sem 3 minggu je . 



okaaaaaay ~ aku rasa entry kali ni memang panjang gila lah kan , so i hope entry kali ni membantu korang lah yang bercadang nak masuk dalam bidang ni . oh btw , buat korang yang nak ambil bahasa asing , utk student MLT , boleh daftar untuk belajar bahasa asing masa sem 2 nanti . haa time tu korang belajar lah bahasa tu sampai tergeliat , tersimpul korang punya lidah ! k bai .







Tuesday 29 September 2015

USAHA AND HAVE FAITH.

HAAAI ! *emoji lambai tangan* jap nak menguaaaaaap ~ OMG im so freaking sleepy and letih hari ni tah kenapa , ni pon baru bangun tidur and after i rearrange my lecture notes yang ada lebih kurang 92738 sets, so i sambung this blog . okay malas nak cakap banyak , as i promise , i'll tell you how i end up being a MLT student in UNISZA..

So,i told about my spm result kan semalam, since my result tak gempak , takde lah aku aspect utk sambung belajar dekat matriks ke , erm asasi memang jauh sekalilaaah . TAPI , aku minat dengan sains . tahu result memang setakat di paras hidung je kalau aku nak sambung belajar dalam bidang sains, tapi aku nak juga . WHY ? FIRST , Peluang kerja tinggi . SECOND,since aku dulu students science stream dekat sekolah , so rugi lah tak sambung pengajian sains tu, aiceeeh konon. nak kata aku minat belajar , tak juga .nak kata aku malas belajar pon tak juga , hahhaa ikut  mood lah. THIRD , gaji tinggi cek oi hahahahhahaha. 

okay back to the topic, lepas dapat result , aku macam fikir masa depan aku utk ke bidang sains tu agak gelap . bukan gelap terus ye anak-anak. oh btw , dulu cita-cita aku nak jadi dentist. dari kecil aku nak jadi dentist . tapi sebab aku ni bebal , cita-cita tinggi kemain , belajar malas , so tak dapat lah aku nak jadi dentist . sedih wehh serius ! then aku tukar cita-cita nak jadi pharmacist , pon sama juga. belajar main-main ada hati nak jadi pharmacist. so aku decide nak menceburi bidang TESL . harapan nak masuk ke bidang tesl tu cerah juga lah since i've got an A- for my english subject during SPM. so aku pon isi lah upu . BUT , aku still letak bidang sains kesihatan as my ultimate choice . TESL aku letak juga tapi pilhan yang bawah sikit lahh sebab AKU TAK MINAT MENGAJAR ! im serious. aku memang tak minat mengajar. so i put diploma in physiotherapy , diploma in MLT , diploma in radiography and last2 tu baru letak asasi TESL. ada 8 pilihan, majority aku letak health science as my choice . ada 2 je kot aku letak asasi tesl. aku mohon UITM , UIA and UNISZA. the reason aku mohon UNISZA is sebab ada diploma radiografi.

so bila result upu keluar panggilan pertama , aku langsung tak dapat mana-mana panggilan . EVEN TESL ! memang time tu down gila bapaaak ah . dahlah matriks tak dapat , panggilan upu pon tak dapat . perggh ! memang sedih gila laaaah . then aku buat rayuan , since rayuan tu boleh isi 2 tempat je , so aku isi diploma radiografi and mlt kot kalau tak silap dekat uitm. THEEEEEN! result rayuan keluar , AKU STILL GAGAL UNTUK MASUK MANA2 UNI . at that time , aku dah start putus asa , parents aku pon sedih . memang time tu down yang teramat sangat . sampai aku taknak jumpa orang , sebab malu kot orang tanya aku smbung study kat mana . memang sedih gilaaaa time tu tak tau nak kata. 

my parents terus ambil tindakan.then my ayah said , why dont we try utk buat rayuan secara by hand dkt ipta dulu.. maybe boleh kaaan , who know. then parents aku pon gigih lah pergi uitm puncak alam utk hntar aku punya sijil spm and segala benda laah utk buat rayuan , tapi sayangnya, tempat dah penuh.sampai satu tahap ibu said "takpelaah kalau mira nak jadi dentist juga, ibu boleh gadai gelang emas ibu.ibu hantar mira study dentistry dekat Manipal Medical College. mira memang nak masuk situ dari dulu kan ? " ALLAHUAKBAR, aku rasa nak gugur jantung aku bila ibu cakap mcm tu , YA ALLAH. sampai macam tu sekali pengorbanan yang ibu nak buat demi nak tengok aku berjaya.. memang menitis juga air mata aku bila ibu cakap mcm tu..  then ayah aku suruh buat rayuan dekat UNISZA, and it all started at that time.

hantar result, sijil bla bla itu ini and surat rayuan semuaa laaah .siap call UNISZA , emailkan details and even fakskan apa saja yg depa nak. so, cuba punya cuba punya cuba , FINALLY ! I'VE GOT A LETTER yang cakap aku dpat masuk UNISZA.ALHAMDULILLAH.. BUUUUUUT! the matter is , aku mohon RADIOGRAPHY tapi aku dapat MLT . ermm kecewa juga sikit tapi its okay lah as long as bidang science. SEE, kuasa ALLAH , HE is the best planner ever ! bila kau down , aku positifkan diri and i always said " HAVE FAITH. ALLAH HAS THE BEST PLAN EVER FOR YOU. HE LOVES YOU. AND PLEASE DONT FORGET HIM!" 

so , 23 JUNE 2015 , im officially UNISZA HEALTH SCIENCE STUDENT ! so , aku rasa dah cukup panjang entry kali ni . next entry , i'll tell you cemana life students health science . hahahahahha well i really dont know how to make my entry short . sorry if you bored . see ya !

Monday 28 September 2015

NAMIRA'S NEW LIFE WEEHEE~

HEEEEY GUYS ! ITS ME AGAIN !! okay of course lah me kan , dahtu siapa pula nak update blog ni . 


WAAAAAAAAAH its been a really really really really long time since i updated my last post on 2013 hahahahaha and its now end of 2015 . Lama gila tinggal blogging bakhaaang ! well said , namira is pemalas hahhaa no no dont get me wrong , I was really busy with my school life before and as time flies , I am currently a UNIVERSITY STUDENT ! waaaah i grew so fast lewls. 



okay let me tell you my current life although i know korang taknak tahu pon kan ? i dont care , nak cerita juga .. okay lets get starteeeeeeeed ~



so now i am currently studying at UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) TERENGGANU and my program is  DIPLOMA in MEDICAL LABORATORY TECHNOLOGY or simply said in malay is TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN . well some of you maybe not familiar with this university right ? or maybe tak pernah dengar pon kan? me too when i isi my UPU application , it was my first time jumpa this uni. So should i tell further about UNISZA ? well yeah maybe in my next post . I would like to share how i end up study at Terengganu yang freaking jauh from my home too  . Oh ya btw , sorry for my manglish . Since it was a freestyle blog , i will write anything that come out from my mind and  my english is not that good to me speaking in full english , so i will use a manglish . Sorry . I was thinking to make a vlog instead of a blog but , no no nevermind , i will just tell my story in my precious blog hahahahah . So is it long enough for me to stop writing ? or should i continue my bebelan in this post ? yeah well i will continue in my next post . ASAP ,SOON AFTER THIS . IM SERIOUS GUYS !

Sunday 16 June 2013

School Holiday ~

Assalamualaikum ~ selamat tengahari :)
fuh fuh fuuuuhhh ~ *tiup habuk* berhabuk blog aku ni .. berkurun dah tak update .
aku tahu , sekarang ni memang waktu yang sangat amat tepat sekali *tu dia BM aku xD* untuk korang tidur kan kan kan ? tapi sekarang ni korang tak tidur dan sedang gigih membaca blog aku ni kan ? kah kah ..
hurmm , cuti sekolah sudah berakhir , aku tahu korang mesti sedih kan ? tak dapat twittering 24 hours :(
cuti hari tu aku tak kemana pon , duduk rumah ngadap TV memanjang ~
minggu last cutibaru lah aku bersuka ria dekat Genting Highland Theme Park and Bukit Tinggi with kawan gila aku , Aini Suhaili :D    masuk kali ni dah 4 kali aku pergi sana *hah!nampak tak aku tengah berlagak ni?* 
Best sangat  :D  ,bagi aku yang baru first time pergi Bukit Tinggi , macam biasa lah aku excited macam tak pernah jumpa , haha , aku suggest kat korang yang suka kan suasana macam luar negara ni , pergi lah Colmar Tropicale Bukit Tinggi , sangat sangat lawa ~
okay , aku malas nak membebel banyak2 .. aku stop sini dulu sebab aku nak membebel dekat twitter pulak :D haha . okay , so aku nak end story dengan gambar2 ni . Bye bye kalian <3


Tarikan utama yang wajib main :D

 aku lupa nama benda ni , tapi sumpah aku tak nak naik dah --'

by the time dia menghempas turun je , aku rasa perut aku dah takde =,=

  hah ! yang ni pulak dekat Japanese Village Bukit Tinggi , Pahang :D

 Konichiwa , watashiwa Ayu Namira :) 

Hi everyone , we are at France *puihh* bak kata Megat AD , berangan itu penting okay xD

Colmar Tropicale , serius sangat lawa tempat ni :D


Friday 24 May 2013

Dating with girls xD

Hai everyone :D haha , Im back ! *takde sape kesah pon ayu* 
okayy , aku memang suka update blog malam2 , baru feel , kateko ! xD
sekarang ni dah start cuti penggal persekolahan , cuti yang tanpa homework :D heaven wehh heaven !
okay dah tak yah nak heaven sangat ! result exam mid-term ni belum tentu lulus semua ~ -,-
 cuti ni aku duduk rumah sesorang , duhh bosan gila ! sumpah takk tipu ! nak bercuti parents aku kerja --' terpaksa redha , lagipun mereka kerja sebab nak cari duit nak sara aku . thank you ayah and ibu , I love you so much till the last of my breath ,
okay dah ! sebak pulak tetibe :')
23/5 aku hang with my girlfriends ~ oh , we really having fun , oh , i love them all :)
bowling , movie and photoshooting with them just like the whole world are ours :D
talking about this , ni sebenarnya kitorang buat girls farewell for Khalidah Adibah , she's going to move . sedihh wehh :( lepas ni takde siapa dah nak nyanyi lagu korea dengan aku :'(
Diba , just take care of yourself , dont forget us and the most important is , dont ever forget about KRKiss moment :)

 this was edited just now  :) 
the small picture : Irma , Teha, Elia ,Aini , Diba , Hanis , Ayu and Tiema 

 with Diba , Hanis and Teha 

them <3

okayy , kalau nak tahu aku yang mana , aku yang pakai white pants and specky :D haha ,*takde siapa tanya pon ayu* 
yang kat atas ni semua girlfriends aku , tamak kan? haha ~ 
okay , this is all for tonight :D will update more soon , bye :D

Saturday 18 May 2013

KRKiss Sweethearts ..

hah ! dah intro , so sekarang ni aku nak cerita pasal life aku , apa ? tak nak tahu ? kena tahu jugak ! haha , aku ni sebenarnya tidak lah cantik sangat orangnya ~ cuma comel tu ada lah . Aku anak bongsu dari 3 orang adik beradik , abang-2 aku semua dah kahwin , aku bila agaknya eh ? haha ~ belajar dulu ah !  aku dikelilingi oleh kawan-kawan sayang cinta hati aku ~ #KRKiss yang always gila-gila dan sangat sporting semuanya ~ Takkan nak sebut nama sorang-sorang ? banyak ah weh ~ since aku pindah ke Klang Bandar Diraja ni time aku form 1 , so aku baru kenal diorang selama 3 tahun ah ~ termasuk tahun ni , 4 tahun ah . aku ni sangatlah kepoh , biasalah perempuan kan ? Lelaki memang sejak azali kepoh  *except for Faiq* budak kelas aku yang sorang ni , dia tu aduuh , nak bercakap payahnya Subhanallah ! agaknya dia takut gigi dia semua terabur kot bila bercakap , haha ~ sorry Faiq ! since form 1 , aku rasa boleh dikira pakai jari berapa banyak perkataan yang dia cakap , haih --' eh kejap , asal aku cerita pasal dia ni ? okay tak penting ! bai Faiq :) kembali kepada cerita asal .. hurm , mana datang nama KRKiss tu ? actually kelas kitorang dari Form 1 semua sama , tak berubah , iaitu Kelas Rancangan Khas *bukan untuk budak jahat okay* kitorang baik ah :D malas nak terang KRK tu apa , google sendiri lah eh ? haha ~ aku paling pendek and paling muda dalam KRKiss ni xD haha ~ Nadjmi suka panggil aku 'adik' , sejak bila tah dia jadi abang aku , lol . diorang ni memang BFF sampai mati lah . aku sebenarnya cerita lebih pasal KRKiss ~haha , k bai !